CARA MENGEKALKAN KESIHATAN

Assalamualaikum & salam sejahtera kakak, abang adik sekalian.

Selamat Petang!

Abang akak adik sekalian kalau nak harapkan muka cantik handsome tapi tak sihat pun tak guna kan? Jadi untuk topik hari ni kak sal nak kongsikan bagaimana cara mengekalkan tahap kesihatan yang seimbang.

Terdapat beberapa panduan untuk mengekalkan kesihatan yang boleh diamalkan.

 

Continue Reading

Cara Hilangkan Parut Jerawat Secara Semulajadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Untuk entry kali ni, kak sal akan bercerita dan berkongsi tips untuk menghilangkan parut jerawat secara semulajadi.

Sudah menjadi fitrah alam semua manusia mahu kulit cantik flawless gitu kan tapi tak semua kita beruntung untuk dapat kulit sihat dan cantik tanpa menggunakan apa apa produk sekalipun. Bukan tipu tapi memang wujud orang yang dkurniakan kulit cantik sebab kak sal mempunyai kawan yang begitu. Bila dtanya, dia cuma basuh muka dengan air je tanpa pencuci muka dll. Untunglh kan hihi.

So, untuk mengelakkan parut jerawat maju berkembang kat atas muka kita ni, kita kena lah mengenali dulu apa itu parut. Haaa, ni kak sal nak bagi tahu, parut ni dia takkan muncul macam tu je tau kat muka,  parut adalah area dari jaringan fibrosis yang menggantikan kulit yang luka setelah cedera. Bekas luka adalah hasil dari proses biologis dari perbaikan luka pada kulit dan tubuh. Bagi mana2 yang muka breakout tu jangan lah tangan gatal nak picit atau pegang kerana akan meninggalkan parut dan bekas berlubang sebab kulit muka kita ni sensitif dan tangan pulak mempunyai bakteria halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Mari kak sal kongsi beberapa petua hilangkan bekas jerawat yang boleh dibuat sendiri dekat rumah. Yang penting, bahannya semulajadi boleh didapati di mana2 dan bebas dari bahan kimia.

1. ALOE VERA

Aloe vera adalah sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya.

Selain itu, aloe vera tidak mengandungi bahan alergenik yang mampu memudaratkan kulit. Jadi, tak perlu risau menggunakannya kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan.Gunakan gel dan sapukan pada bekas jerawat selama 30 minit sebelum dibilas.

2. SODA PENAIK

Baking soda atau soda penaik ini terkenal dengan bahan 1001 kegunaan, termasuklah untuk menghilangkan parut jerawat.Ia mengandungi kristal sodium berkarbonat yang dapat memudarkan parut serta memperbaharui kulit menjadikannya lebih muda remaja.

Caranya, campurkan 2-3 sudu teh soda penaik dengan air suam. Sapukan pes ini pada bahagian berjerawat selama beberapa minit sebelum dibilas.

3. TIMUN

Selalu nampak orang gunakan timun untuk hilangkan keletihan atau eyebag pada mata saja kan?

Tapi, sebenarnya timun turut kaya dengan khasiat vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan dan berkesan menghilangkan kesan jerawat yang hitam, berlubang, atau timbul pada permukaan kulit.

4. MADU ASLI

Madu asli adalah satu lagi pelembap semulajadi pelbagai guna dan penawar kepada bermacam-macam masalah.

Seeloknya, dapatkan madu asli yang organik dan sapukan pada bekas jerawat. Biarkan sehingga kering dan meresap ke dalam kulit.

Untuk menambah keberkesanan, tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu tersebut.

5. MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun adalah bahan mesra-kulit yang memiliki pelbagai khasiat vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi, dan antioksidan.Ia juga bersifat anti-radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.

Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat dengan perlahan. Kemudian, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. Perah dan tutupkan bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit sebelum membilasnya.

6. TOMATO

Kisar atau lenyekkan tomato merah untuk dijadikan pes. Sapukan pes ini pada wajah selama 15-20 minit. Bilaskan hingga bersih.

Selain tomato, anda juga boleh menggunakan avokado untuk kesan yang tidak kurang hebatnya.

7. CUKA EPAL

Campurkan 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air suam

Gunakan kapas dan rendamkan pada campuran tersebut. Kemudian, tekankan pada bahagian berjerawat. Biarkan selama 5-10 minit. Bilaskan dan anda akan merasai perbezaannya!

8. VITAMIN C

Vitamin C memang sangat mujarab untuk merawat kulit berjerawat dan bekas jerawat kerana vitamin c mempunyai sumber antioksidan semulajadi. Penggunaan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

Vitamin C bukan sahaja baik untuk kulit malahan dari rambut hingga hujung kaki, dari luar badan hingga dalam badan.

Kak sal mempunyai solusi yang terbaik untuk mengatasi bekas jerawat.

Bagi sesiapa yang tertanya macam mana nak dapatkan Vitamin C, boleh lah hubungi / whatsapp / sms kak sal di talian 013-8388287

 

Continue Reading

KEBAIKAN DTX COMPLEX UNTUK KESIHATAN

Hati kita adalah organ terbesar dalam badan kita. Berfungsi sebagai barisan pertahanan daripada semua pencemaran dan toksin selain menjalankan lebih daripada 300 fungsi metabolik selain detoksifikasi. Tanpa hati yang efisien, tubuh kita mungkin gagal berfungsi sepenuhnya. Salah satu herba terbaik untuk hati adalah milk thistle. Dan ia merupakan salah satu ramuan dalam DTX Complex.

Continue Reading

CAROTOMAX UNTUK KESIHATAN ANDA

Banyak sebenarnya kebaikan yang ada pada Caromax Shaklee. Carotomax sangat sinonim dengan Vitamin A. Sebab itu ia digelar Vitamin Mata kerana ia sangat terkenal untuk masalah rabun. Ini kerana Carotomax mengandungi campuran fitokimia semulajadi yang penting untuk kesihatan mata, kulit dan membran mukosa.

Continue Reading