CARA MENGEKALKAN KESIHATAN

Assalamualaikum & salam sejahtera kakak, abang adik sekalian.

Selamat Petang!

Abang akak adik sekalian kalau nak harapkan muka cantik handsome tapi tak sihat pun tak guna kan? Jadi untuk topik hari ni kak sal nak kongsikan bagaimana cara mengekalkan tahap kesihatan yang seimbang.

Terdapat beberapa panduan untuk mengekalkan kesihatan yang boleh diamalkan.

 

 

BERSENAM SETIAP HARI

Yes, bersenam setiap hari memang macam senang je kan tapi kalau nak buat memang liat. Tahukah anda melompat menggunakan tali skip selama 10 minit akan membakar kalori sebanyak 70 hingga 110 kalori manakala 1,000 terbakar jika melakukannya selama sejam. Tapi sebelum nak mulakan kena lah lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan dulu yea.

UPGRADE SISTEM PENGHADAMAN

Sistem penghadaman yang kurang baik akan menyebabkan khasiat makanan tidak dapat di serap dengan baik. Tanda-tanda sistem penghadaman yang kurang baik adalah seperti tekstur kulit kasar, alahan kulit, sembelit, air bertakung dalam badan, sakit kepala, kurang daya tumpuan, kemurungan dan perut kembung. Kekal aktif secara fizikal boleh menggalakkan bakteria baik untuk berkembang di dalam sistem penghadaman.

MINUM AIR BANYAK

Fungsi air adalah menyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, menyingkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ. Tanda-tanda kekurangan air adalah seperti berasa dahaga, sakit sendi dan otot, sakit bahagian belakang, sakit kepala dan sembelit. Kita perlu minum sekurang-kurang 2 liter air sehari bergantung kepada aktiviti, keadaan cuaca, berat badan dan tahap kesihatan kita.

ATASI STRESS

Gaya hidup yang serba sibuk dengan pelbagai tuntutan dan keperluan menjadikan stress begitu sinonim dengan kehidupan sekarang. Stress bukanlah sesuatu yang tidak bermanfaat langsung dalam kehidupan kerana sedikit stress adalah penting untuk mendorong kita melakukan yang terbaik dan juga mengembangkan potensi diri. Namun, pastikan stress berada pada tahap yang terkawal kerana stress yang melampau boleh menjejaskan kesihatan dan emosi seseorang.

TABIAT MAKAN YANG BAIK 

Tabiat makan mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang seperti pepatah Inggeris yang berbunyi “We are what we eat.” Amalkan cara makan yang sihat seperti makan apabila lapar, kuantiti yang sedikit atau segenggam nasi, berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan buah-buahan sebelum makan makanan berat.

TIDUR YANG MENCUKUPI

Tidur yang cukup adalah penting untuk pemulihan kesihatan dan mood seseorang. Sentiasa bergerak cergas serta selalu menarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan kesan letih akibat tidak cukup tidur walaupun ketika duduk, berjalan atau memandu.

HUBUNGAN INTIM SUAMI ISTERI 

Hubungan suami isteri yang intim dan mesra bukan sahaja penting untuk kerukunan rumahtangga, bahkan juga baik untuk kesihatan seseorang. Rumahtangga yang bahagia bukan sahaja melahirkan anak-anak yang cemerlang, malahan memenuhi keperlua emosi, fizikal dan spiritual seseorang.

Kesimpulannya adalah kesihatan dan kebahagiaan saling berkait. Untuk memastikan kesihatan yang seimbang, kita kenalah berkorban dan mempunyai disiplin yang tinggi. Nak sihat tak senang, nak sakit tak susah. So kawan-kawan kak sal sekalian, cegahlah dan hindarilah penyakit sebelum terlambatdan kekal sihat! 🙂

Bukan mudah kita nak cari makanan sumber vitamin yang lengkap tapi kak sal ada jalan penyelesaiannya. Nak dapatkan vitamin lengkap untuk kesihatan sila hubungi / whatsapp / sms ke no fon 013-8388287 ataupun email salfarinarosali77@gmail.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge