HILANGKAN KURAP DENGAN SET SHAKLEE

Kurap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan jangkitan sejenis kulat. Suhu panas dan lembap atau kulit yang sentiasa lembap akibat fabrik yang tidak menyerap peluh menggalakkan kurap tumbuh atau berjangkit. Tambah pula dengan sistem imunisasi tubuh yang lemah, kurap akan lebih mudah merebak dan kembali menyerang. Namun anda tak perlu risau sekiranya bermasalah dengan kurap kerana Vitamin Shaklee boleh membantu untuk hilangkan kurap dengan mudah dan mencegahnya dari kembali.

 

Terdapat beberapa jenis penyakit kurap, bergantung kepada tempat ia menjangkiti seperti berikut:-

  • Kurap badan (Tinea corporis)
  • Kurap kuku (Tinea unguium)
  • Kurap groin (Tinea cruris)
  • Kurap kulit kepala (Tinea capitis)
  • Kurap janggut (Tinea barbae)
  • Kurap kaki (Tinea pedis)
  • Kurap muka (Tinea faciei)
  • Kurap tangan (Tinea manuum)

 

Ia mengambil masa beberapa hari untuk terkena jangkitan akibat daripada kulat. Kurap akan menyebabkan rasa gatal dan kulit akan menjadi kemerah-merahan terutamanya pada hari atau suhu yang panas. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan, serta kulat yang dipindah melalui pakaian dan sebagainya.

 

Ciri-ciri fizikal kurap;

~ plak kemerah-merahan dan bersisik berbentuk seperti gelang dan boleh membesar jika tidak dirawat.

~ adakalanya berbintik-bintik merah dan ada bisul halus

~ boleh berulang walaupun telah dirawat bergantung pada sistem ketahanan (imunisasi) tubuh seseorang

 

Cara untuk mengelakkan jangkitan kurap terdapat beberapa cara ;

  • Mengelakkan daripada bersentuhan dengan mereka yang mempunyai masalah ini.
  • Jika bersentuhan, basuhlah kawasan sentuhan itu dengan sabun sebaiknya
  • Elakkan berkongsi tuala dengan pesakit yang mempunyai masalah tersebut
  • Elakkan daripada memegang haiwan yang mempunyai masalah kulit kerana dikhuatiri ia juga membawa jangkitan kulat tersebut
  • Pastikan kawasan badan sentiasa kering dan tidak lembab

 

Merawat kurap biasanya menggunakan ubat antikulat bergantung pada saiz dan kekerapan serangan kurap. Ada yang berbentuk pil untuk dimakan dan juga krim untuk disapu mengikut jadual yang betul. Pastikan anda mendapat ubat-ubatan dan nasihat dari pengamal perubatan yang arif mengenainya kerana sesetengah ubat boleh mendatangkan kesan sampingan. Elakkan dari membeli ubat tanpa preskripsi terutamanya jika dalam masa yang sama anda juga sedang mengambil ubat-ubat lain.

 

Vitamin Shaklee yang boleh membantu menghilangkan kurap dengan mudah dan berkesan ialah ;

Garlic – ia mengandungi bawang putih yang secara semulajadinya bertindak sebagai antibiotik yang boleh melawan jangkitan kulat. Ia membantu mengelakkan kulat kurap dari kembali tumbuh. Selain itu banyak khasiat garlic ni boleh lihat gambar di bawah. Bukan sekadar garlic biasa-biasa tau….

 

GLA Complex – ia mengandungi minyak borage dan vitamin E yang secara semulajadi mengurangkan keradangan kulit iaitu kegatalan, ekzema, kulit kering termasuk gejala kurap. Seperti garlic GLA ni bukan sekadar untuk kulit jer tapi khasiatnya banyak…

 

Alfalfa Complex – membantu tubuh membuang sisa-sisa toksin, melawan alahan dan jangkitan kulit.

 

 

Nak order secara terus dari HQ SHAKLEE sila klik gambar di bawah ;

Untuk info atau konsultasi percuma sila hubungi Kak Salfa di nombor tertera di bawah ;

WHATSAPP | SMS | CALL : 0138388287

KAK SALFA @ SALFARINA ROSALI SHAKLEE ID : 1300188

FANPAGE : Diari Vitamin Cantik

INSTAGRAM : @vitamin_sihatcantik

EMAIL : salfarinarosali77@gmail.com

PENGEDAR SAH SHAKLEE KUCHING,SARAWAK DAN SELURUH MALAYSIA

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge