KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Assalamulaikum sahabat Kak Salfa. Semoga dalam keadaan sihat walafiat. Tiada yang lebih pening dari kesihatan dalam dunia ni sebab kesihatan tiada dijual atau dibeli.

Entri pagi ni Kak Salfa nak share pasal Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Sepatutnya setiap rumah mesti ada sebotol minyak ikan Omega Guard ini. Wajib! Mengapa Kak Salfa kata wajib? Inilah yang nak akak ceritakan….

Continue Reading

TIPS KAWAL DIABETES SET BAJET

 

Diabetes atau kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Penyakit kencing manis merupakan satu penyakit serius di mana metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glikosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum dan mengakibatkan paras gula di dalam badan menjadi tinggi.

Kencing manis juga pembunuh senyap kerana tanda-tanda atau simptom-simptom kencing manis terlalu sukar untuk dikesan. Sehinggakan kehadiran penyakit ini tidak disedari oleh penghidapnya sampai ke tahap mereka baru mengetahui bila sudah peringkat kronik.

Oleh itu sangat penting untuk kita mengenal  pasti tanda-tanda diabetes  peringkat awal dan mengambil langkah pencegahan  untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa penyakit merbahaya ini.

Bagaimana diabetes terjadi?

Diabetes atau kencing manis  terjadi apabila pankreas gagal berfungsi  secara normal dan mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak cukup untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup inilah yang menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Sebab itulah, penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.

Tanda-Tanda Diabetes  Peringkat Awal  Yang Perlu Diketahui

1. Kerap Berasa Letih

Pengidap diabetes akan kerap berasa letih sepanjang masa. Ini disebabkan oleh makanan yang dimakan tidak dapat dipecahkan dan digunakan oleh sel-sel di dalam badan secara optimum.

2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

Tanda diabetes yang paling biasa ialah selalu haus . Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur. Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini membuatkan kekerapan membuang air kecil pada waktu malam. Membuang air kecil dengan banyak akan menyebabkan kehilangan air di dalam badan boleh membuatkan diri kita sentiasa dahaga kerana badan sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

3. Hilang berat badan secara tiba-tiba

Ini mungkin salah satu tanda kerana kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga. Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat. Makan macam biasa, tetapi berat badan menurun. Inilah tanda kencing manis.

4. Penglihatan menjadi kabur

Apabila gula dalam darah tinggi, ia boleh mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur. Sekiranya dibiarkan berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan mata kekal dan bermungkinan buta.

5. Mudah letih

Akan berasa cepat letih dan tidak mahu berbuat apa-apa.

6. Luka lambat sembuh

Yang ni paling scary. Bila sistem imun dalam badan tidak berjalan dengan baik dan paras gula yang tinggi boleh melambatkan proses luka untuk sembuh dengan cepat. Paling menakutkan apabila luka menjadi semakin teruk dan membusuk  di mana peluang untuk sembuh terpaksa memotong anggota badan yang luka melarat tadi.

7. Sentiasa rasa lapar

Apabila tahap gula dalam badan menurun secara tiba-tiba, badan akan kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

8. Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi. Maknanya mudah mendapat pelbagai jangkitan , yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

9. Sering kebas pada tangan dan kaki

Ini disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

Di sini sebenarnya Kak Salfa nak share produk Shaklee ada set suplemen yang In Syaa Allah boleh mengawal diabetes. Bertindak sekarang untuk mengubah kepada gaya hidup sihat kerana mencegah lebih baik dari mengubati.

Set ni ada 3 suplemen iaitu GLA, Vita-C Plus dan B-Complex yang mana setiap suplemen ini mempunyai khasiatnya tersendiri.

Untuk belian online sila klik beli sekarang di bawah.

Atau untuk lebih jimat dan info lebih lanjut boleh jer hubungi Kak Salfa ;

Whatsapp|SMS|Call : 0138388287

Page: Diari Vitamin Cantik

Instagram: @vitamin_sihatcantik

 

 

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

TIPS MERAWAT DAN MENGAWAL DIABETES

Boleh ker Shaklee merawat diabetes?

Shaklee membekalkan nutrisi supaya badan mempunyai nutrien yang penting supaya kencing manis dapat dikawal. Ubat doktor jangan diabaikan tau…

Apa itu diabetes

Diabetes adalah suatu keadaan di mana badan kita tidak lagi berupaya mengekalkan paras gula pada tahap yang optimum. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh hormon insulin yang tidak mencukupi atau tidak effective lagi untuk menukarkan gula kepada tenaga. Selain daripada ubat dan suntikan insulin, kawalan diet adalah sangat perlu.

 

 

Continue Reading

SET TERLAJAK BAJET CANTIK

Sharing is caring

Syeikhuna Murabbi Dr Khaleel Elyas  pernah sebut , punca masalah rumah tangga adalah hubbu dunia (cinta kepada dunia). Ubatnya adalah redha. Redha kunci kebahagiaan rumah tangga. Sekiranya kita tidak perolehi keinginan kita, kita redha dan anggap itu bukan rezeki kita yang Allah tetapkan bagi kita. Redha di sini bukan bermaksud terima semata-mata, tetapi beserta dengan salamatul qalbi iaitu tenangnya hati.

Assalamualaikum. Morning sunshine…Dah beberapa hari tak jengok blog, ni baru ada masa dan ilham. Dengan line yang tak helok lagi. Ada yang rindu Kak Salfa takkk….

Hari ini Kak Salfa nak cerita kelebihan set terlajak bajet Shaklee. Ada 2 item, tapi hasilnya wow tau. Asalkan konsisten dan percaya. Nak cantik perlu ada usaha. Redha tu redha jugak tapi perlu ada usaha. Lepas tu barulah kita doa dan tawakal.

Continue Reading

SET BAJET CANTIK

Assalamualaikum sahabat Kak Salfa. Baru berkesempatan godek-godek blog nihh. Almaklum la kann still mood raya haji. Meriah sungguh raya haji Kak Salfa tahun ni. Banyak jemputan makan he hee. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari…kannn…

Dalam makan-makan kita mesti jaga jugak. Jaga apa tau dakkk…? Jaga kesihatan laa girls. Bila sihat terserlah seri naik ke muka tau. Bab-bab muka ni akak tau semua nak cantik kan girls….

Cantik is very subjektif. Tak semestinya secantik ratu. Bagi akak la kan, mempunyai kulit muka yang sihat pun boleh dikatakan cantik. Nak kulit sihat takkk..? Okay stay tuned.

Produk Shaklee ada SET BAJET CANTIK. Satu set tu ada 3 supplement, yang mana setiap supplement ada keistimewaannya tersendiri. Tersangatlah rugi kalau tak grab satu set untuk diri sendiri. Bukan saje untuk kecantikan luaran malah untuk kecantikan dan kesihatan dalaman.

Seharian bekerja mesti kita letih. Nak ambil makanan yang mempunyai nutrisi lengkap amatlah payah kerana kengkangan masa. Cari rezeki, cari rezeki jugak…tapi reward untuk diri sendiri tu harus ada.

Jom kita lihat gambar di bawah.

Satu set tu ada 3. ESP, Vita-C Plus dan Vita-E COMPLEX.

Continue Reading

TUBUH YANG SIHAT MENJANA MINDA BIJAK & KREATIF

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT KAK SALFA

Mempunyai anak adalah satu anugerah yang terindah buat semua keluarga. Semua ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Salah satunya dari segi pemakanan. Kak Salfa percaya dari pengambilan makanan yang sihat boleh menjana tubuh yang sihat, minda yang cergas, bijak dan kreatif. Anak-anak sihat ibu bapa bahagia. Setuju takkk ???…

Tapi masalahnya pada anak-anak sekarang terutama yang masih kanak-kanak ialah mereka sangat memilih makanan ataupun disebut picky eater. Sangat cerewet…

Lebih suka makan junk food dari makan makanan yang berkhasiat. Nak dipaksa makan susah jugak…nanti anak-anak trauma la pulok.

Apa yang Kak Salfa sarankan di sini ialah kita ada set nutrisi khas untuk anak-anak ini iaitu SET NUTRISI KANAK-KANAK SIHAT DAN PINTAR DARI SHAKLEE.

Yang mana ia dilengkapi 4 supplement yang tidak diragui penggunaannya. Dan semestinya ada KKM yer…. Sihat dan halal., oh yaa tambah satu lagi…sedap he hee…

 

Jom kita lihat apa yang ada dalam SET ANAK SIHAT DAN PINTAR ni?

  1. MEAL SHAKES Minuman segera yang tinggi nutrisi berperisa French Vanila. The only FAST FOOD yang kaya dengan vitamin, protein, serat, dan kalsium untuk pertunbuhan badan yang sihat. Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang lengkap untuk kanak-kanak, sumber terbaik serat dan protein.

 

  1. CHEWABLE VITA-LEA FOR CHILDREN – Kaya dengan VITAMIN dan MINERAL  yang penting, baik untuk kesihatan dan tumbesaran.

 

  1. OMEGA GUARDMinyak ikan terbaik yang mengandungi  7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu DHA, EPA, ALA dan lain-lain yang baik untuk kesihatan jantung, otak dan fungsi sendi. Juga membantu dalam perkembangan minda, penglihatan, dan fokus dalam pembelajaran.

 

  1. CHEWABLE VITA C – Berperisa oren yang sedap, tanpa gula tambahan dapat membantu meningkatkan sistem imun badan dalam melawan jangkitan disamping bagus untuk kesihatan kulit. Antioksidan yang menyokong kesihatan jantung, sistem imun, sel, otot dan pembuluh darah. Sesuai untuk kanak-kanak yang sukar menelan tablet.

 

 

Kita usaha dengan berikan anak-anak SET ANAK SIHAT DAN PINTAR ni setiap hari. InsyaAllah, anak-anak akan cukup nutrisi daripada sumber semulajadi melalui supplement ni.

 

Kesihatan dan keceriaan anak-anak lah yang paling membahagiakan kita sebagai ibu bapa kan? Inilah usaha kami sendiri dalam menjaga kesihatan anak-anak kami, semestinya dengan izin Allah jua.

 

Semoga Allah beri kesihatan yang baik dan pelihara kami sekeluarga daripada bahaya dan penyakit.

 

JOM MULAKAN DENGAN MEMBERI NUTRISI YANG BAIK

DENGAN SET ANAK SIHAT DAN PINTAR HARI INI!

Untuk pesanan ataupun order dari online sila Klik BELI SEKARANG JUGA kat bawah

Untuk info lebih lanjut boleh

WHATSAPP ke 0138388287

Salfarina Rosali

Shaklee ID : 1300188

FB Page : Diari Vitamin Cantik

Instagram : @vitamin_sihatcantik

Emeil : salfarinarosali77@gmail.com

Continue Reading

SET KURUS SIHAT BAJET

Mesti ramai di antara sahabat Kak Salfa yang tercari-cari supplement yang bertepatan dengan bajet, sekaligus dapat membantu untuk menurunkan berat badan. Kurus saje tak cukup sebenarnya, kita mesti rasa nak sihat jugak kan. Sebab itu pengambilan supplement mesti tepat. Jangan beli supplement yang semberono uols.

Gambar kat bawah tu contoh jer okay… Hampir semua daripada kita idamkan bentuk badan yang ideal. Tak ker betul…betul kannn….

Continue Reading